Anda ada masalah kulit berjeragat (pigmentasi), liang roma besar, selalu tersumbat dengan blackhead atau whitehead. Warna kulit tidak sekata. kami ada penyelesaian.
Dengan menggunakan kombinasi rawatan laser, ipl dan suntikan Tren, masalah ini boleh diselesaikan, anda akan mendapati kulit kembali cerah sekata, pigmentasi pudar sehingga 80% dan liang roma mengecil dan kulit jadi mulus. kami telah lihat hasilnya dan kini giliran anda pula, jangan biarkan maslah jeragat menghantui anda.
Masalah JERAGAT di kalangan Penduduk Dunia atau nama medikalnya
“Melasma” adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di
kalangan Penduduk Asia Khasnya dan berada pada 10 Tangga teratas didalam
masalah kulit yang dihidapi. Namun kaum wanita lebih kerap terlibat
dimana nisbahnya lebih kurang 12:1 (Wanita: Lelaki).Purata paling tinggi
dilihat pada mereka yang berumur 25 – 45 tahun.Kawasan muka yang sering
terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang
mengalaminya pada bahagian hidung dan dahi. Sebab-sebab terjadinya Jeragat:
1) Terdedah Kepada cahaya matahari terik
2) Pengambilan ubat-ubatan yg mengganggu hormon.Contohnya Pil perancang
3) Penggunaan kosmetik kulit tidak sesuai yg bersifat panas
4) Keturunan
5) Faktor kerja seperti tukang masak yg terdedah kpd bahang api/panas
6) Hormon yang tidak seimbang
7) menopause
Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat
juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. Melasma boleh di
bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Kerap kali ,
kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. Tidak kurang juga mereka
yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus . Hori’s Naevus
ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada
pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. Seperti yang
kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak
pigmen. Kerap kali wanita mengandung juga akan mengalami jeragat, ia dipanggil
chloasma. Wanita mengandung akan mengalami pertambahan hormon estrogen,
progesterone dan melanocyte stimulating hormone (MSH) sewaktu trimester
kedua dan ketiga. Begitu juga wanita yang mengambil terapi penganti
hormon sewaktu pra dan selepas menopause, di mana hanya hormon estrogen
yang menguasai tubuh wanita tersebut.
No comments:
Post a Comment