Friday, November 21, 2014

THE HCG JOURNEY - YEAY

yeay!!! dah bebas dari 500 kalori.
yeay!!! dah kurus. Baju lama semua dah muat. malah lebih kurus dari sebelum kahwin. target berat nak turun jadi 62kg. sebab before kahwin memang berat macam ni... siapa sangka boleh tinggalkan angka 6 jugak. last day injection berat 59.8kg, sekarang turun lagi jadi 58.3kg. Alangkah bahagianya, berbaloi menahan nafsu makan selama sebulan setengah ni. sini saya sertakan perjalanan penurunan berat saya...


Semua orang boleh dapatkan berat badan yang diingini. asalakan amal diet yang betul dan kena betul - betul konsisten dan komited. kalau curi makan tu memang tak turun seperti yang diinginkan.Alhamdulillah sekarang just maintain diet low carbo, lebihkan protein dan fiber. buah dan sayur mesti ada. cuma nasi dah rasa macam tak nak makan je sekarang. Sebab dah biasa tak makan nasi.

saya dah berjaya, anda bila lagi. jom lah kita sama2 menurunkan berat badan dengan sihat.

Thursday, October 9, 2014

The hCG journey - day 3 & 4, 500 calories

Hari ke 3(7 oct)

Pagi hari ke3, timbang berat badan hari ni 80.1kg, wow tak pernah lagi sampai angka 8 ni. Tapi tak pe sebab nak loading betul2 untuk hari ni. Hari ni hari ke3, kena mula 500 kalori saja makanan. Pagi ni lepas ambil suntikan just minum air je. Air kene minum banyak, kalau nak minum teh atau kopi, tak boleh letak gula, tapi boleh gantikan dengan stevia sebagai pemanis. Pagi hari tak ada masalah memang betul kata doktor, bila kita bnyak makan masa loading day, hari kitmulakan 500 kalori tk rasa lapar. Masuk pukul 1 tengahari, saya ambil set makanan saya. Menu saya dada ayam panggang, sayur kobis buat sup. Dan buah epal hijau.... memang sihat diet ni, saya ambil air mineral yng diletakkan perahan lemon supaya tak rasa loya. Pergi ke toilet memang kerap sebab banyak minum air. Balik kerja saya siapkan menu untuk makan malam. Malam saya buat ikan dowry steam.. sayur salad sebagai ulam dan buah limau sunkist. Sedap, sampai hubby dan anak2 pun join sekali.


Hari ke 4 (8oct)

Bangun pagi ni rasa berdebar pulak nak timbang, berapa agaknya turun kan. Bila naik je alat penimbang tu rasa macam tak percaya pulak 78.2kg, kembali ke asal, wah baru sehari start 500 kalori ni. Seronok sangat bila tengok macam tu, terus sms klinik bagitau, mereka pun bagi lagi kata-kata semangat. Hari ke4 500 kalori lagi.  Menu hari ni daging salai, sayur salad dan buah grapefruit atau nama lain limau gedang. Air memang minum  banyak, tak ada masalah sebab sebelum ni memang senang minum air. Menu makan malam agak kelam kabut sebab balik kerja dah lambat, jadi masak sup je, sayur kobis campur udang sekali gus masak. Buah epal hijau. Dan of coz grissini stick sebagai sumber karbo. Ukuran badan tak kira lagi sebab bari je mula. Perubahan saiz pun belum nampak lagi. Kita tunggu lagi ye hari yang akan datang...

Hcg diet terbaikkkk

Tuesday, October 7, 2014

The hCG Journey. Day 1 & 2 - loading day

Loading Day - Day 1 (5 oct 2014)

Salam Aidil Adha. berdebar rasanya nak mulakan program hcg ni. Bangun pagi terus bersemangat nak buat injection. Sebab dah biasa cucuk emak sendiri yang ambil insulin pagi ni cucuk diri sendiri, macam takut je tapi bila dah cucuk, tak de lah rasa ape. Ok hari pertama selesai. Hari ni loading day. Makan sebanyak yang mungkin, hari ni hari raya haji. Jadi juadah hari ni, nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang ayam  rendang daging, bahagianya dapat makan sepuasnya. Lupa pulak nak bagitau timbang pagi ni berat 78.2kg.


Loading Day - Day 2 (6 oct 2014)

Pagi ni timbang berat 79.8kg, wah banyak betul makan rupanya, tapi bagus jugak sebab doktor kata lagi banyak loading, banyak berat naik lagi bagus  supaya prepare untuk hari ke 3, sebab hari ke 3 dah kene start 500 kalori. Doktor cakap takut tiba2 lapar pulak, setakat 2 hari ni makan banyak, tak tahu lah esok macam mana sebab dah mula tak boleh makan nasi, karbohidrat. Sumber karbohidrat yang di bolehkan hanya 2 je, Melba Toast dan Grissini. Saya cari dekat pasaraya Hock Chun sebelah Victoria Station, atau pun boleh dapatkan di Cold Storage. Barang-barang untuk menu hcg pun dah beli, lepas ni tak de dah goreng2 untuk 42 hari, 2 hari dah berlalu, tinggal lagi 40 hari.

Esok nantikan hari ke3, start 500 kalori.

Thursday, October 2, 2014

Step pertama untuk HCG DIET selesai.

Alhamdulillah, result blood test dah dapat. mula-mula berdebar jugak nak tahu keputusan, tapi bila dah tengok dan doktor pun dah buat penerangan, Alahamdulillah saya sihat. cuma kolestrol tinggi sikit. tapi doktor kata, dengan HCG Diet ni boleh menurunkan kadar kolestrol.

Doktor juga menerangkan satu persatu tentang keputusan result darah, semua bacaan normal dan sihat. Insha Allah, Ahad ni boleh lah mulakan diet, sedang elok untuk Loading. Doktor kata, untuk mulakan diet ni, kita mesti buat 2 hari loading day, maksudnya makan seberapa banyak yang boleh, lagi banyak kita makan, lagi banyak berat kita naik, lagi bagus katanya sebab untuk stand by hari ke-3 dimana kita hanya dibolehkan makan 500kalori sahaja....

Mulakan suntikan pada hari pertama dan makan sebanyak yang mungkin, itu kata doktor.. baiklah tuan doktor, saya memang tekad dah ni, sebab macam2 dah cuba nak kuruskan badan, tapi susah. exercise pun buat, lemak tang perut ni yang susah sangat nak hilang... dah 4 orang duk dalam perut tu kan, memang lah degil, nak cari baju dan seluar pun susah, manjang sendat ketat, baju semua besar2. Kadang-kadang keyakinan diri pun  kurang, bila ada yang memandang mesti ingat macam mereka nak mengumpat je size kita yang besar ni. Harap dengan program HCG ni dapat membantu saya.

Dulu pernah makan pil diet, memang dah serik dah, bila berhenti berat makin mendadak naik. Biarlah dengan HCG diet ni, bukan sekadar diet, malah boleh menyihatkan badan, kadar kolestrol saya mudah-mudahan akan berkurang dan kembali normal...

Tak sabar nak Loading makan puas-puas Raya Haji ni..

Nantikan saya lagi,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...



saya just nak share sikit result darah. Alhamdulillah semua cantik kecuali kolestrol je sikit

Wednesday, October 1, 2014

Salam Aidil Adha. Waktu terbaik untuk mulakan Diet

Sedar tak sedar dah masuk bulan zulhijjah. Hujung minggu ni kita akan menyambut hari raya aidil adha atau hari raya qurban. Waktu ni kita banyak makan, biasalah kan hari raya, kalau tak makan tak sah, waktu ni jugak waktu terbaik kita nak mulakan diet... saya juga akan mulakan diet hcg pada hari raya haji ni. 2 hari loading day, makan sebanyak yang boleh. Lagi banyak lagi bagus.. ahad makan, isnin makan.... sebab nak puasa pun tak boleh kan, hari tasyrik diharamkan berpuasa. Selasa bermula lah 500 kalori diet.

Insha allah saya akan kongsikan perjalanan saya berdiet....
Umur saya 35, dah kahwin dan mempunyai 4 cahayamata, tinggi 150cm berat 78kg

Hari ini dah dapat result darah, so far semua ok, cancer marker pun normal. Sebab hcg ni kalau kita ada cancer, kita tak boleh ambik. Kalau kita ada masalah gout, kolestrol, darah tinggi dan kencing manis insha allah akan sembuh. Masalah kesuburan pun boleh diatasi. Ramai kawan yang dah berjaya dengan hcg ni, kali ni masa untuk saya pulak....

Jumpa minggu depan, bila saya dah mula hcg diet.....
Wish me luck, saya in collaboration with klinik ayu jelita aesthetic.

Wednesday, September 17, 2014

hCG Diet yang sangat berkesan.

Gembira rasanya bila tengok hasil customer yang sangat puas hati dengan hcg diet ni. Memang diet ni sangat membantu untuk masalah berat badan, masalah kencing manis, gout, darah tinggi dan kesuburan.

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, hcg ni adalah jawapan yang tepat. Lemak tepu yang degil dengan mudah dibakar dan membuatkan kita hilang berat badan dengan cepat. Paling kurang 500gram sehari, malah ade yang lebih dari itu. Jika saiz badan dan lemak kita besar, maka lemak yang dibakar lebih banyak menyebabkan kita akan kehilangan lebih berat badan.

Jika berat badan tak melebihi tahap obesiti. Berat badan memang tak turun banyak, tapi bentuk badan akan lebih menarik.

Hcg diet ini menggunakan kaedah suntikan, suntik di perut setiap pagi. Suntikan ini akan membuatkan kita tak selera makan dan sentiasa rasa kenyang. Cara pemakanan kami akan ajar, sebab diet ini hanya memerlukan 500 kalori sahaja. Memang nampak sangat sikit kan. Tapi cukup untuk membenarkan kalori badan kita sendiri yang terbakar dan itu yang membuatkan berat badan kita cepat turun.

Bawah ni ada beberapa contoh customer yang terbukti, kami follow up setiap hari, ada yang sangat bagus sebab betul-betul ikut cara yang kami ajar. setiap hari pasti akan ada penurunan berat badan, ikut saiz badan, lagi besar saiz badan, lagi banyak yang turun. berbeza dengan saiz badan kecil, hanya sedikit penurunan tetapi lebih pada bentuk badan.

Ada customer kami yang kencing manis, ambil injection insulin, dah berhenti insulin hanya ambil ubat sahaja, paras gula dah kembali hampir normal..






Seri Pengantin di Klinik Ayu

Cuti sekolah sudah pun bermula, ada juga yang menggunakan masa seperti ini untuk menamatkan zaman bujang. Ramai yang masih mencari dimana tempat yang sesuai untuk mencantikkan wajah, badan dan kulit.

Ramai yang mencari spa dan saloon untuk merawat rambut,mendapatkan rawatan urutan atau mandi lulur. Tapi bagaimana pula kalau masalah berat badan berlebihan? Masalah kulit berjerawat? Masalah warna kulit tidak sekata dan kulit kusam?, jangan bimbang kami ada rawatan untuk itu. Kami tiada sesi urut badan, tapi kami ada program menguruskan badan, dalam masa yang sama program ini boleh menyuburkan dan menghindarkan masalah wanita setiap bulan seperti senggugut, period tidak teratur dan membentuk tubuh badan yang cantik.

Kami juga menyediakan rawatan untuk kulit wajah. Masalah jerawat, jeragat, parut kami boleh atasi, kulit akan bertambah putih dan cerah sebelum hari bahagia anda.

Semua ini khas untuk anda yang bakal bergelar raja sehari. Pakej ini di datangkan khas PERCUMA untuk pasangan anda. Rawatan percuma yang kami beri adalah, rawatan untuk menambah seri diwajah.

Harga yang sangat munasabah dan menarik, berminat call cawangan terdekat anda
Ampang 03-42571232, 019-2779740
Wangsa maju 03-41438116, 019-2709740
Publika 03-62033049, 019-2729740