Loading Day - Day 1 (5 oct 2014)
Salam Aidil Adha. berdebar rasanya nak mulakan program hcg ni. Bangun pagi terus bersemangat nak buat injection. Sebab dah biasa cucuk emak sendiri yang ambil insulin pagi ni cucuk diri sendiri, macam takut je tapi bila dah cucuk, tak de lah rasa ape. Ok hari pertama selesai. Hari ni loading day. Makan sebanyak yang mungkin, hari ni hari raya haji. Jadi juadah hari ni, nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang ayam rendang daging, bahagianya dapat makan sepuasnya. Lupa pulak nak bagitau timbang pagi ni berat 78.2kg.
Loading Day - Day 2 (6 oct 2014)
Pagi ni timbang berat 79.8kg, wah banyak betul makan rupanya, tapi bagus jugak sebab doktor kata lagi banyak loading, banyak berat naik lagi bagus supaya prepare untuk hari ke 3, sebab hari ke 3 dah kene start 500 kalori. Doktor cakap takut tiba2 lapar pulak, setakat 2 hari ni makan banyak, tak tahu lah esok macam mana sebab dah mula tak boleh makan nasi, karbohidrat. Sumber karbohidrat yang di bolehkan hanya 2 je, Melba Toast dan Grissini. Saya cari dekat pasaraya Hock Chun sebelah Victoria Station, atau pun boleh dapatkan di Cold Storage. Barang-barang untuk menu hcg pun dah beli, lepas ni tak de dah goreng2 untuk 42 hari, 2 hari dah berlalu, tinggal lagi 40 hari.
Esok nantikan hari ke3, start 500 kalori.
No comments:
Post a Comment