Alhamdulillah, result blood test dah dapat. mula-mula berdebar jugak nak tahu keputusan, tapi bila dah tengok dan doktor pun dah buat penerangan, Alahamdulillah saya sihat. cuma kolestrol tinggi sikit. tapi doktor kata, dengan HCG Diet ni boleh menurunkan kadar kolestrol.
Doktor juga menerangkan satu persatu tentang keputusan result darah, semua bacaan normal dan sihat. Insha Allah, Ahad ni boleh lah mulakan diet, sedang elok untuk Loading. Doktor kata, untuk mulakan diet ni, kita mesti buat 2 hari loading day, maksudnya makan seberapa banyak yang boleh, lagi banyak kita makan, lagi banyak berat kita naik, lagi bagus katanya sebab untuk stand by hari ke-3 dimana kita hanya dibolehkan makan 500kalori sahaja....
Mulakan suntikan pada hari pertama dan makan sebanyak yang mungkin, itu kata doktor.. baiklah tuan doktor, saya memang tekad dah ni, sebab macam2 dah cuba nak kuruskan badan, tapi susah. exercise pun buat, lemak tang perut ni yang susah sangat nak hilang... dah 4 orang duk dalam perut tu kan, memang lah degil, nak cari baju dan seluar pun susah, manjang sendat ketat, baju semua besar2. Kadang-kadang keyakinan diri pun kurang, bila ada yang memandang mesti ingat macam mereka nak mengumpat je size kita yang besar ni. Harap dengan program HCG ni dapat membantu saya.
Dulu pernah makan pil diet, memang dah serik dah, bila berhenti berat makin mendadak naik. Biarlah dengan HCG diet ni, bukan sekadar diet, malah boleh menyihatkan badan, kadar kolestrol saya mudah-mudahan akan berkurang dan kembali normal...
Tak sabar nak Loading makan puas-puas Raya Haji ni..
Nantikan saya lagi,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...
saya just nak share sikit result darah. Alhamdulillah semua cantik kecuali kolestrol je sikit
No comments:
Post a Comment