Wednesday, October 1, 2014

Salam Aidil Adha. Waktu terbaik untuk mulakan Diet

Sedar tak sedar dah masuk bulan zulhijjah. Hujung minggu ni kita akan menyambut hari raya aidil adha atau hari raya qurban. Waktu ni kita banyak makan, biasalah kan hari raya, kalau tak makan tak sah, waktu ni jugak waktu terbaik kita nak mulakan diet... saya juga akan mulakan diet hcg pada hari raya haji ni. 2 hari loading day, makan sebanyak yang boleh. Lagi banyak lagi bagus.. ahad makan, isnin makan.... sebab nak puasa pun tak boleh kan, hari tasyrik diharamkan berpuasa. Selasa bermula lah 500 kalori diet.

Insha allah saya akan kongsikan perjalanan saya berdiet....
Umur saya 35, dah kahwin dan mempunyai 4 cahayamata, tinggi 150cm berat 78kg

Hari ini dah dapat result darah, so far semua ok, cancer marker pun normal. Sebab hcg ni kalau kita ada cancer, kita tak boleh ambik. Kalau kita ada masalah gout, kolestrol, darah tinggi dan kencing manis insha allah akan sembuh. Masalah kesuburan pun boleh diatasi. Ramai kawan yang dah berjaya dengan hcg ni, kali ni masa untuk saya pulak....

Jumpa minggu depan, bila saya dah mula hcg diet.....
Wish me luck, saya in collaboration with klinik ayu jelita aesthetic.

No comments:

Post a Comment