Friday, November 21, 2014

THE HCG JOURNEY - YEAY

yeay!!! dah bebas dari 500 kalori.
yeay!!! dah kurus. Baju lama semua dah muat. malah lebih kurus dari sebelum kahwin. target berat nak turun jadi 62kg. sebab before kahwin memang berat macam ni... siapa sangka boleh tinggalkan angka 6 jugak. last day injection berat 59.8kg, sekarang turun lagi jadi 58.3kg. Alangkah bahagianya, berbaloi menahan nafsu makan selama sebulan setengah ni. sini saya sertakan perjalanan penurunan berat saya...


Semua orang boleh dapatkan berat badan yang diingini. asalakan amal diet yang betul dan kena betul - betul konsisten dan komited. kalau curi makan tu memang tak turun seperti yang diinginkan.Alhamdulillah sekarang just maintain diet low carbo, lebihkan protein dan fiber. buah dan sayur mesti ada. cuma nasi dah rasa macam tak nak makan je sekarang. Sebab dah biasa tak makan nasi.

saya dah berjaya, anda bila lagi. jom lah kita sama2 menurunkan berat badan dengan sihat.

Thursday, October 9, 2014

The hCG journey - day 3 & 4, 500 calories

Hari ke 3(7 oct)

Pagi hari ke3, timbang berat badan hari ni 80.1kg, wow tak pernah lagi sampai angka 8 ni. Tapi tak pe sebab nak loading betul2 untuk hari ni. Hari ni hari ke3, kena mula 500 kalori saja makanan. Pagi ni lepas ambil suntikan just minum air je. Air kene minum banyak, kalau nak minum teh atau kopi, tak boleh letak gula, tapi boleh gantikan dengan stevia sebagai pemanis. Pagi hari tak ada masalah memang betul kata doktor, bila kita bnyak makan masa loading day, hari kitmulakan 500 kalori tk rasa lapar. Masuk pukul 1 tengahari, saya ambil set makanan saya. Menu saya dada ayam panggang, sayur kobis buat sup. Dan buah epal hijau.... memang sihat diet ni, saya ambil air mineral yng diletakkan perahan lemon supaya tak rasa loya. Pergi ke toilet memang kerap sebab banyak minum air. Balik kerja saya siapkan menu untuk makan malam. Malam saya buat ikan dowry steam.. sayur salad sebagai ulam dan buah limau sunkist. Sedap, sampai hubby dan anak2 pun join sekali.


Hari ke 4 (8oct)

Bangun pagi ni rasa berdebar pulak nak timbang, berapa agaknya turun kan. Bila naik je alat penimbang tu rasa macam tak percaya pulak 78.2kg, kembali ke asal, wah baru sehari start 500 kalori ni. Seronok sangat bila tengok macam tu, terus sms klinik bagitau, mereka pun bagi lagi kata-kata semangat. Hari ke4 500 kalori lagi.  Menu hari ni daging salai, sayur salad dan buah grapefruit atau nama lain limau gedang. Air memang minum  banyak, tak ada masalah sebab sebelum ni memang senang minum air. Menu makan malam agak kelam kabut sebab balik kerja dah lambat, jadi masak sup je, sayur kobis campur udang sekali gus masak. Buah epal hijau. Dan of coz grissini stick sebagai sumber karbo. Ukuran badan tak kira lagi sebab bari je mula. Perubahan saiz pun belum nampak lagi. Kita tunggu lagi ye hari yang akan datang...

Hcg diet terbaikkkk

Tuesday, October 7, 2014

The hCG Journey. Day 1 & 2 - loading day

Loading Day - Day 1 (5 oct 2014)

Salam Aidil Adha. berdebar rasanya nak mulakan program hcg ni. Bangun pagi terus bersemangat nak buat injection. Sebab dah biasa cucuk emak sendiri yang ambil insulin pagi ni cucuk diri sendiri, macam takut je tapi bila dah cucuk, tak de lah rasa ape. Ok hari pertama selesai. Hari ni loading day. Makan sebanyak yang mungkin, hari ni hari raya haji. Jadi juadah hari ni, nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang ayam  rendang daging, bahagianya dapat makan sepuasnya. Lupa pulak nak bagitau timbang pagi ni berat 78.2kg.


Loading Day - Day 2 (6 oct 2014)

Pagi ni timbang berat 79.8kg, wah banyak betul makan rupanya, tapi bagus jugak sebab doktor kata lagi banyak loading, banyak berat naik lagi bagus  supaya prepare untuk hari ke 3, sebab hari ke 3 dah kene start 500 kalori. Doktor cakap takut tiba2 lapar pulak, setakat 2 hari ni makan banyak, tak tahu lah esok macam mana sebab dah mula tak boleh makan nasi, karbohidrat. Sumber karbohidrat yang di bolehkan hanya 2 je, Melba Toast dan Grissini. Saya cari dekat pasaraya Hock Chun sebelah Victoria Station, atau pun boleh dapatkan di Cold Storage. Barang-barang untuk menu hcg pun dah beli, lepas ni tak de dah goreng2 untuk 42 hari, 2 hari dah berlalu, tinggal lagi 40 hari.

Esok nantikan hari ke3, start 500 kalori.

Thursday, October 2, 2014

Step pertama untuk HCG DIET selesai.

Alhamdulillah, result blood test dah dapat. mula-mula berdebar jugak nak tahu keputusan, tapi bila dah tengok dan doktor pun dah buat penerangan, Alahamdulillah saya sihat. cuma kolestrol tinggi sikit. tapi doktor kata, dengan HCG Diet ni boleh menurunkan kadar kolestrol.

Doktor juga menerangkan satu persatu tentang keputusan result darah, semua bacaan normal dan sihat. Insha Allah, Ahad ni boleh lah mulakan diet, sedang elok untuk Loading. Doktor kata, untuk mulakan diet ni, kita mesti buat 2 hari loading day, maksudnya makan seberapa banyak yang boleh, lagi banyak kita makan, lagi banyak berat kita naik, lagi bagus katanya sebab untuk stand by hari ke-3 dimana kita hanya dibolehkan makan 500kalori sahaja....

Mulakan suntikan pada hari pertama dan makan sebanyak yang mungkin, itu kata doktor.. baiklah tuan doktor, saya memang tekad dah ni, sebab macam2 dah cuba nak kuruskan badan, tapi susah. exercise pun buat, lemak tang perut ni yang susah sangat nak hilang... dah 4 orang duk dalam perut tu kan, memang lah degil, nak cari baju dan seluar pun susah, manjang sendat ketat, baju semua besar2. Kadang-kadang keyakinan diri pun  kurang, bila ada yang memandang mesti ingat macam mereka nak mengumpat je size kita yang besar ni. Harap dengan program HCG ni dapat membantu saya.

Dulu pernah makan pil diet, memang dah serik dah, bila berhenti berat makin mendadak naik. Biarlah dengan HCG diet ni, bukan sekadar diet, malah boleh menyihatkan badan, kadar kolestrol saya mudah-mudahan akan berkurang dan kembali normal...

Tak sabar nak Loading makan puas-puas Raya Haji ni..

Nantikan saya lagi,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...



saya just nak share sikit result darah. Alhamdulillah semua cantik kecuali kolestrol je sikit

Wednesday, October 1, 2014

Salam Aidil Adha. Waktu terbaik untuk mulakan Diet

Sedar tak sedar dah masuk bulan zulhijjah. Hujung minggu ni kita akan menyambut hari raya aidil adha atau hari raya qurban. Waktu ni kita banyak makan, biasalah kan hari raya, kalau tak makan tak sah, waktu ni jugak waktu terbaik kita nak mulakan diet... saya juga akan mulakan diet hcg pada hari raya haji ni. 2 hari loading day, makan sebanyak yang boleh. Lagi banyak lagi bagus.. ahad makan, isnin makan.... sebab nak puasa pun tak boleh kan, hari tasyrik diharamkan berpuasa. Selasa bermula lah 500 kalori diet.

Insha allah saya akan kongsikan perjalanan saya berdiet....
Umur saya 35, dah kahwin dan mempunyai 4 cahayamata, tinggi 150cm berat 78kg

Hari ini dah dapat result darah, so far semua ok, cancer marker pun normal. Sebab hcg ni kalau kita ada cancer, kita tak boleh ambik. Kalau kita ada masalah gout, kolestrol, darah tinggi dan kencing manis insha allah akan sembuh. Masalah kesuburan pun boleh diatasi. Ramai kawan yang dah berjaya dengan hcg ni, kali ni masa untuk saya pulak....

Jumpa minggu depan, bila saya dah mula hcg diet.....
Wish me luck, saya in collaboration with klinik ayu jelita aesthetic.

Wednesday, September 17, 2014

hCG Diet yang sangat berkesan.

Gembira rasanya bila tengok hasil customer yang sangat puas hati dengan hcg diet ni. Memang diet ni sangat membantu untuk masalah berat badan, masalah kencing manis, gout, darah tinggi dan kesuburan.

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, hcg ni adalah jawapan yang tepat. Lemak tepu yang degil dengan mudah dibakar dan membuatkan kita hilang berat badan dengan cepat. Paling kurang 500gram sehari, malah ade yang lebih dari itu. Jika saiz badan dan lemak kita besar, maka lemak yang dibakar lebih banyak menyebabkan kita akan kehilangan lebih berat badan.

Jika berat badan tak melebihi tahap obesiti. Berat badan memang tak turun banyak, tapi bentuk badan akan lebih menarik.

Hcg diet ini menggunakan kaedah suntikan, suntik di perut setiap pagi. Suntikan ini akan membuatkan kita tak selera makan dan sentiasa rasa kenyang. Cara pemakanan kami akan ajar, sebab diet ini hanya memerlukan 500 kalori sahaja. Memang nampak sangat sikit kan. Tapi cukup untuk membenarkan kalori badan kita sendiri yang terbakar dan itu yang membuatkan berat badan kita cepat turun.

Bawah ni ada beberapa contoh customer yang terbukti, kami follow up setiap hari, ada yang sangat bagus sebab betul-betul ikut cara yang kami ajar. setiap hari pasti akan ada penurunan berat badan, ikut saiz badan, lagi besar saiz badan, lagi banyak yang turun. berbeza dengan saiz badan kecil, hanya sedikit penurunan tetapi lebih pada bentuk badan.

Ada customer kami yang kencing manis, ambil injection insulin, dah berhenti insulin hanya ambil ubat sahaja, paras gula dah kembali hampir normal..






Seri Pengantin di Klinik Ayu

Cuti sekolah sudah pun bermula, ada juga yang menggunakan masa seperti ini untuk menamatkan zaman bujang. Ramai yang masih mencari dimana tempat yang sesuai untuk mencantikkan wajah, badan dan kulit.

Ramai yang mencari spa dan saloon untuk merawat rambut,mendapatkan rawatan urutan atau mandi lulur. Tapi bagaimana pula kalau masalah berat badan berlebihan? Masalah kulit berjerawat? Masalah warna kulit tidak sekata dan kulit kusam?, jangan bimbang kami ada rawatan untuk itu. Kami tiada sesi urut badan, tapi kami ada program menguruskan badan, dalam masa yang sama program ini boleh menyuburkan dan menghindarkan masalah wanita setiap bulan seperti senggugut, period tidak teratur dan membentuk tubuh badan yang cantik.

Kami juga menyediakan rawatan untuk kulit wajah. Masalah jerawat, jeragat, parut kami boleh atasi, kulit akan bertambah putih dan cerah sebelum hari bahagia anda.

Semua ini khas untuk anda yang bakal bergelar raja sehari. Pakej ini di datangkan khas PERCUMA untuk pasangan anda. Rawatan percuma yang kami beri adalah, rawatan untuk menambah seri diwajah.

Harga yang sangat munasabah dan menarik, berminat call cawangan terdekat anda
Ampang 03-42571232, 019-2779740
Wangsa maju 03-41438116, 019-2709740
Publika 03-62033049, 019-2729740

Thursday, September 4, 2014

"SNOW WHITE SPECIAL" untuk kulit jeragat

Anda ada masalah kulit berjeragat (pigmentasi), liang roma besar, selalu tersumbat dengan blackhead atau whitehead. Warna kulit tidak sekata. kami ada penyelesaian.

Dengan menggunakan kombinasi rawatan laser, ipl dan suntikan Tren, masalah ini boleh diselesaikan, anda akan mendapati kulit kembali cerah sekata, pigmentasi pudar sehingga 80% dan liang roma mengecil dan kulit jadi mulus. kami telah lihat hasilnya dan kini giliran anda pula, jangan biarkan maslah jeragat menghantui anda.


Masalah JERAGAT di kalangan Penduduk Dunia atau nama medikalnya “Melasma” adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan Penduduk Asia Khasnya dan berada pada 10 Tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi. Namun kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebih kurang 12:1 (Wanita: Lelaki).Purata paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25 – 45 tahun.Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalaminya pada bahagian hidung dan dahi. Sebab-sebab terjadinya Jeragat:
1) Terdedah Kepada cahaya matahari terik
2) Pengambilan ubat-ubatan yg mengganggu hormon.Contohnya Pil perancang
3) Penggunaan kosmetik kulit tidak sesuai yg bersifat panas
4) Keturunan
5) Faktor kerja seperti tukang masak yg terdedah kpd bahang api/panas
6) Hormon yang tidak seimbang
7) menopause

Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus . Hori’s Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. Kerap kali wanita mengandung juga akan mengalami jeragat, ia dipanggil chloasma. Wanita mengandung akan mengalami pertambahan hormon estrogen, progesterone dan melanocyte stimulating hormone (MSH) sewaktu trimester kedua dan ketiga. Begitu juga wanita yang mengambil terapi penganti hormon sewaktu pra dan selepas menopause, di mana hanya hormon estrogen yang menguasai tubuh wanita tersebut.


Tuesday, August 26, 2014

Klinik Ayu Ampang

Klinik Ayu Ampang adalah cawangan pertama kami. Mula ditubuhkan pada tahun 1999 dengan nama Klinik Kita. Kemudian pada tahun 2003, kami memulakan rawatan kecantikan aesthetic dan rawatan pesakit biasa. Dan pada tahun 2006,permintaan semakin tinggi membuatkan kami fokus hanya pada rawatan aesthetic. Dr yang bertugas juga mengikuti kursus dalam bidang aesthetic dan semuanya bertauliah.
Kami menawarkan harga yang murah kerana kami mahu semua orang mampu mendapatkan rawatan dari kami. Kami membantu anda menyelesaikan masalah kulit, badan dan sebagainya.
Klinik Ayu Ampang terletak bertentangan dengan De Palma Hotel Ampang. Di kawasan KOREA TOWN AMPANG.





Alamat kami di :

Unit B 3a/1/1, Jalan Ampang Utama 1/2
One Ampang Business Avenue
68000 Ampang Jaya, Selangor
Tel No : 03-4257 1232
Mobile No : 019-277 9740

Sunday, August 24, 2014

Klinik Ayu Wangsa Maju

Satu lagi cawangan kami terletak di Wangsa Maju. Terletak di Jalan Genting Klang, berhampiran dengan stesen Putra LRT Wangsa Maju, terletak di tingkat atas KLINIK KITA Wangsa Maju.
Klinik terletak di tingkat 1, tempat yang sangat tenang untuk merehatkan minda. Parking tak perlu bayar, waktu operasi Selasa hingga Ahad dari 9.00pagi hingga 6petang.

Alamat Klinik di :

No 14-1, Jalan 4/27F,
Off Jalan Genting Klang
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Tel. No : 03-41438116
Mobile No : 019-2709740






Klinik Ayu Publika

Antara cawangan terbaru kami, Klinik Ayu di Publika, Klinik terletak di belakang shopping mall PUBLIKA, blok D. kami berpidah ke sini dari cawangan TTDI Plaza yang di tutup disebabkan masalah dengan pemilik kedai.

semua rekod pelanggan kami yang berada di TTDI telah dibawa ke cawangan Publika ni. Kami mula beroperasi pada awal tahun 2014, tetapi masih ramai yang belum tahu lagi tentang pemindahan ini, jadi disini kami nak war-warkan dengan lebih lagi. Waktu operasi Selasa hingga Ahad, dari 10 pagi hingga 7 malam

Alamat cawangan adalah :

D4-G4-05, Solaris Dutamas
No. 1, Jalan Dutamas 1
50480 Kuala Lumpur
Tel No : 03-62033049
Mobile No : 019-2729740







Tuesday, August 19, 2014

Fat Transfer- rawatan pemindahan lemak yang selamat dan cantik

Masakan berlemak, masak lemak cili api memang sedap dimakan kan. Bila cakap pasal badan berlemak, ramai yang tak suka baik bagi lelaki dan perempuan, kebanyakan perempuan cukup tak suka dengan lemak berlebihan ni. Lemak kita ni sebenarnya ada kegunaan. Di hospital luar negara bahkan di malaysia juga, lemak digunakan untuk memperbaik pulih struktur badan antaranya apabila seseorang dijangkiti barah payudara, payudara yang dibuang akan digantikan dengan lemak sendiri untuk tidak menampakkan cacat pada anggota badan. Begitu juga jika ada parut tenggelam, boleh digantikan dengan lemak sendiri. Dengan syarat lemak sendiri bukan lemak orang lain.

Seorang dewasa mempunyai purata 30 billion sel lemak dengan berat lebih kurang 30pound ataupun 13.5kg. Jika berat badan berlebihan, sel-sel lemak meningkat dalam saiz kira-kira 4 kali ganda sebelum ianya terbahagi kepada jumlah sel baru.

Di sini, kami menggunakan lemak untuk dipindahkan ke muka, payudara, punggung, belakang tangan, dan parut tenggelam. Paling laris adalah rawatan pemindahan lemak ke muka. Ini kerana lemak kita mengandungi stem cell yang boleh memperbaharui cell kulit kita. Untuk rawatan ini masalah seperti parut tenggelam akibat jerawat, akan membuatkan parut tersebut naik dan kulit akan kelihatan cantik dan nampak seri. Dan juga jika muka nampak terlalu kurus atau cengkung, elok sangatlah buat rawatan ini.

Bagi pemindahan lemak ke payudara pula, kami membantu wanita yang kurang keyakinan diri kerana payudara kecil ataupun bagi wanita yang mengalami payudara kendur akibat dari proses menyusu anak. Sel lemak adalah sel kekal, dimana ia adalah satu-satunya sel yang TIDAK akan berubah menjadi sel kanser.

Proses ini sangat selamat kerana tidak melibatkan pembedahan, hanya sedikit torehan kecil untuk mengambil lemak. Lemak biasanya kita ambil dari bahagian peha, pinggul atau tangan. Lemak bahagian perut bagi yang pernah mengandung, tidak sesuai untuk digunakan keran serat yang tebal.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, boleh call/whatapp nombor klinik seperti dibawah

Klinik Ayu Ampang 019-2779740
Klinik Ayu Wangsa Maju 019-2709740
Klinik Ayu Publika 019-2729740

Monday, August 4, 2014

Hcg Diet - diet yang mudah dan cepat

Ramai yang dah mula bekerja setelah lama bercuti raya. Ramai juga yang mula risau berat badan naik sebab terlebih makan masa raya, ape nak buatkan, kalau datang rumah saudara dan rakan tak kan tak nak makan, nanti dikatakan sombong pulak. Makanan pula semuanya yang berlemak, berminyak, tengok saja lemang, ketupat, rendang dan kuih muih.
Kami di Ayu Jelita sedia membantu anda. Dengan adanya Hcg Diet, sehari boleh turun 500gram @ 1pound. Diet yang sangat mudah, tidak rasa lapar walau tak makan. Diet ini membantu reset sistem metabolisme kita. Lemak yang jahat dan tidak digunakan akan dijadikan sebagai tenaga. Dan dibakar. Lemak yang baik seperti lemak dada bagi perempuan, dan lemak punggung serta muka tidak dikacau. Lemak pertama yang akan hilang adalah dari lemak perut. Lelaki dan perempuan boleh ambil diet ni. Biasanya lelaki cepat sikit turun berat badan banding perempuan sebab lelaki memerlukan kalori lebih dari perempuan untuk membakar lemak.
Diet ni memang ketat. Dan dalam tempoh minimum 21 hari saja dijamin akan berbeza bentuk badan dan berat akan berterusan turun. Nak kan info lebih? Jom call klinik
Cawangan Ampang 03-42571232 / 019-2779740
Cawangan Wangsa Maju 03-41438116 / 019-2709740
Cawangan Publika 03-62033049 / 019-2729740

Wednesday, July 23, 2014

Klinik Ayu mengucapkan Selamat Hari Raya

Selamat hari rabu semua. Ada yang sudah mula bercuti esok, bestnya kan. Kami di AyuJelita masih bekerja sehingga sabtu ini. Sesiapa yang nak buat facial, face glow masih sempat lagi ni untuk berseri sebelum raya ni.

Raya tahun ini kami bercuti selama seminggu, kami akan mula bercuti pada hari ahad 27/07/2014 dan akan buka semula pada 04/08/2014 hari insin. After raya kami masih meneruskan Promosi Super Regenerate Lifting (SRL), lifting effect yang cepat dan natural, tidak sakit dan result serta merta nampak naik. sesuai bagi lelaki dan perempuan yang mempunyai masalah garis senyum yang dalam, masalah penuaan dan kulit kendur.

kami menggunakan benang yang akan reput bawah kulit dalam masa 6 ke 8 bulan. dalam proses pereputan tu, kolagen dari kulit kita sendiri akan dibina sekeliling benang dan membuatkan proses penuaan lambat.

Rawatan ni sangat popular di korea. dan telah menular di malaysia, kini ia merupakan best seller di Klinik Ayu dan termurah setakat ini di malaysia. Rawatan mudah dan cepat, hasil yang memuaskan hati anda.

untuk keterangan lanjut sila hubungi cawangan Klinik Ayu
1. Cawangan Ampang 03-42571232 / 019-2779740
2. Cawangan Wangsa Maju 03-41438116 / 019-2709740
3. Cawangan Publika Solaris 03-62033049 / 019-2729740



Sunday, July 20, 2014

Tak Sabar Nak Balik Raya

berbaki 5 hari je lagi nak kerja...tak sabar nak cuti, nak balik raya, nak jumpa mak ayah, adik beradik, sanak saudara yang lama dah tak jumpa. Sedar tak sedar kita dah 23 hari berpuasa, sekejap sangat rasanya nak meninggalkan Ramadhan kali ini. Banyak betul dugaan besar bagi malaysia tahun ini, moga kita semua tabah dan minta pertolongan yang Maha Esa atas segala sesuatu.

Pagi ni pasang dvd lagu raya...dah terasa jiwa kat kampung dah, badan je kat klinik ni. Tapi hari ni ramai customer, masing-masing nak cantikkan badan and muka, maklumlah lah nak raya ni, nak kelihatan segar dan berseri..Tambahan pula rawatan kami semuanya nampak natural, jadi walaupun masih berbaki seminggu, masih ramai yang nak buat rawatan..

Rawatan terbaik untuk bagi muka naik seri sebelum raya ni boleh buat Chemical Peel + Meso Plasma, Plasma yang kita ambil dari darah sendiri mengandungi nutrisi dan stem cell, yang bertindak untuk memulihkan sel kulit supaya kulit menjadi segar dan bermaya.

Chemical Peel pula berfungsi untuk menghakis kulit mati supaya kulit lebih cerah dan segar, dalam masa yang sama rawatan ini boleh mematikan jerawat aktif dan memudarkan jeragat.

rawatan ini ambil masa dalam 45 minit, kulit cerah berseri menjelang raya ini.

Thursday, July 17, 2014

Takziah kepada penumpang MH17

Assalamualaikum... pagi sahur tadi kita dikejutkan dengan satu berita gempar bagi seluruh dunia, sekali lagi kapal terbang milik MAS mengalami nasib malang..
Berita pagi ini betul-betul mengejutkan kita kan. Sama -sama lah kita memanjangkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah bagi mangsa yang beragama islam, siapa tahu Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir bagi mereka semua.

Kami semua dari Klinik Ayu jelita mengucapkan takziah dan semoga roh umat islam yang terkorban dicucuri rahmat, Bersabar dan redha lah semua ahli keluarga mangsa. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

Allah maha mengetahui segala yang terjadi di langit dan di bumi, semoga ada hikmah yang akan kita semua perolehi dari peristiwa ini...


Innalillahi wa innalillahi rajiun....

Wednesday, July 16, 2014

Selamat Cantik di Hari Raya

Bulan Ramadhan dah pun ke sepertiga yang terakhir.... maksudnya kita telah pun berada pada 10 malam terakhir malam ini. Ramadhan akan meninggalkan kita...sedih memang sedih, adakah Allah terima amalan kita yang tak seberapa ini. Adakah Ramadhan ini berjaya mentarbiyah kita menjadi yang lebih baik.Hiasilah rumah dengan zikir, al quran dan ibadah... nampak cantik dari langit.
Namun tak salah juga kiranya kita memikir juga tentang persiapan Aidil Fitri..., biarlah bersederhana, jangan sampai membazir. Rumah, kuih muih, juadah dan sebagainya untuk menyambut tetamu yang berkunjung.
Persiapan diri? Ada di antara kita yang sangat mementingkan keterampilan diri...dari bentuk badan, muka, kulit. al maklumlah semua nak berseri-seri, sebab masa macam ni lah kita jumpa semula dengan saudara mara yang dah sekian lama tak jumpa kan. 

Bentuk badan yang paling penting menjelang raya ni. tak nak lah bila jumpa sepupu yang sebaya, kita ditegur makin berisi... bagi kaum perempuan, ayat tu lah yang paling tak mahu di dengar kan..

Kulit muka pulak.. tak kan nak raya dengan muka berbelak-belak, berjerawat dan kusam kan. mesti kita nak berhari raya tanpa rasa sedih, segan ditegur sebab kulit muka tak cantik..

Kami di Ayujelita ada macam-macam rawatan, untuk badan, kulit dan anti penuaan.Rawatan yang dijamin selamat kerana semuanya tidak memerlukan pembedahan yang besar. Aesthetic hanyalah mencantikkan yang sudah sedia cantik.

Kami di Ayujelita ingin mengucapkan selamat Berpuasa dan Selamat Berhari Raya.